Erma bayar saman Rebecca RM11,200 dengan syiling 5 sen

Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon ini berkata jika tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin cetuskan kemarahan beliau, ianya tidak akan terjadi & juga memaklumkan akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Bukan susah, hantar sahaja ke bank yang mahu menerima syiling 5 sen sebagai deposit tunai. Selesai cerita dan tiada lagi drama.

Buat Erma Fatima …




No comments:

Post a Comment