Yazid 'Search' meninggal dunia hanya khabar angin

Laporan yang mengatakan pemain dram kumpulan rock popular Search, Yazid Ahmad, 52, meninggal dunia hanyalah khabar angin semata-mata.

Menurut vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman, 55, Yazid sudah mula membuka mata dan beliau menyangkal sama sekali khabar angin yang mengatakan Yazid sudah meninggal dunia.

“Berita terbaru Yazid sudah mula membuka matanya.

“Jadi jangan percaya kepada khabar angin,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Yazid telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor akibat sesak nafas.

Menurut anak perempuannya, Shikin, ayahnya telah mengadu sesak nafas sebelum dimasukkan ke ICU sekitar jam 5 pagi.

“Menurut doktor, ayah sesak nafas kerana keadaannya yang penat dan sekarang ayah masih lagi di bawah pemerhatian doktor,” katanya.

No comments:

Post a Comment